Kenapa Thailand begitu takut untuk
bebincang dengan perjuangan
Berbincang atau berdialog dengan gerakan-gerakan pembebasan
Patani adalah sesuatu yang menakutkan dan cuba dielak oleh pemerintah Thai
seberapa yang boleh, alasannya: “Berdialog akan meningkatkan penentangan, dan
ia pada akhirnya akan membawa kepada berpisah (kemerdekaan)” kata Timbalan
Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Keamanan Suthep Thaugsuban dalam temuramahnya
dengan wartawan pada pagi 28 Disember 2009.
Sebelum itu semasa di Indonesia pada minggu lepas beliau
menggesa Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Ripublik Indonesia dan OIC supaya
tidak mencampuri urusan pergolakan di selatan kerana ia adalah hal ehwal
dalaman Thailand, dengan menegaskan bahawa kerajaannya memperuntukan jumlah dana
yang begitu besar, iaitu sebanyak 64,000 juta Bhat untuk membangun kawasan
selatan, yang akan dapat menyelesai masalah yang berlaku, supaya kawasan
selatan negara itu akan menjadi aman dan dapat terus kekal di bawah
perlembagaan Thai.
Satu tinjauan yang dilakukan oleh Universiti Suan Dusit
Rajabhat terhadap 1,206 respondan pada 1-3 September 2009 pula mendapati antara
yang paling gagal di laksanakan oleh kerajaan Abhisit Vijjajiva dalam masa
setahun pemerintahannya ialah tentang pergolakan di selatan, iaitu sebanyak
46.60 % mengatakan terlalu tidak yakin terhadap usaha-usaha penyelesaian bagi
pergolakan di selatan yang telah dilakukan kerajaan Abhisit Vijjajiva selama
ini.
Dari dua maklumat di atas sudah cukup untuk membolehkan kita
dapat melihat, bahawa kerajaan Thai cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan
sesuatu dari pengtahuan dunia terhadap punca sebenar pergolakan yang sedang
berlaku di Patani, supaya dunia boleh menerima perkara itu adalah sebagai
masalah dalaman Thailand, di mana negara lain tidak perlu dan tidak boleh masuk
campur dalam hal ehwal dalaman negaranya.
Antara polisi dan pendekatan yang selalu ditunjulkan dan
diperkatakn di mana-mana dan pada bila masa ialah: Kawasan yang bergolak ialah
3 wilayah sahaja, yang berpenghuni hanya 2 juta orang, pergolakan hanya bermula
pada 2004, mereka terdiri dari orang-orang Thai Muslim, pergolakan timbul di
sebabkan hanya terdapat segelintir manusia yang suka membuat kacau. Ini untuk
menggambarkan bahawa masalah di Patani adalah kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan
kerana ia adalah masalah dalaman sahaja, yang boleh diselesai dengan mudah dan
pada bila-bila masa yang dikehendaki sahaja.
Antara perkara yang paling ditakuti Thailand ialah: wujudnya
pihak luar seperti OIC, Bangsa-bangsa Bersatu, Negara-negara Islam dan NGO
antara bangsa yang bercakap tentang Patani dan cuba untuk membantu bagi mencari
penyelesaian kepada isu yang sudah berlarut lebih dari satu abad itu. Sebabnya
jelas sebagaimana yang disebut oleh Suthep Thaugsuban Timbalan Perdana Menteri
bagi Hal Ehwal Keamanan Thai ialah kerana Patani akan diberi kemerdekaan
selepas itu.
Walaupun semua gerakan pembebasan Patani pada keseluruhannya
menuntut kemerdekaan semata-mata tidak pada yang lain selain darinya, tapi ini
tidak bermakna bersedia untuk berunding dengan kerajaan Thai itu adalah sesuatu
yang di luara tuntutan mereka, malahan ia adalah satu strategi, walaupun sudah
dihidu oleh Siam, tetapi ia tetap berfungsi dengan baik dan menjadi begitu
gagah sekarang ini. Kerana mereka yakin walaupun sudah disedari musuh, bahawa
berunding dengan Gerakan-gerakan Pemebasan Patani (GPP) adalah semacam memberi
laluan kepada kemerdekaan Patani pada akhirnya. Dengan kata keramat berunding
itulah mereka dapat mempunyai banyak kawan dalam pengembaraan mereka dan mereka
sudah tidak lagi bersendirian di pentas dunia, di samping mereka juga dapat
menyekat alasan Thai selama ini untuk tidak mengaku tentang kewujudan GPP yang
sedang bertindak dan mereka akan bertindak diluar jangkaan Thailand selepas
ini.
Kerajaan Thai dengan sedaya upaya mencari penyelesaian
dengan caranya sendiri, iaitu tidak perlu ada orang tengah, dan cuba mengelak
dari terpaksa membangkit isu yang sebenar. Mereka sedang menggaru di tempat
yang tidak gatal, mereka sedang menelan panadol dan itulah satu-satunya ubat
yang ada untuk merawat canser yang sudah merebak, retak sedang menunggu belah.
Sebab itu rakyat Siam sendiri sudah tidak lagi menaruh harapan dan kepercayaan
terhadap cara penyelesaian Abhisit dan Suthep menangani isu Patani, sebab penyelesaian
yang mereka pilih tidak berasaskan kepada masalah yang sebenar, iaitu Patani
adalah dijajah oleh Thailand, maka ubatnya ialah beri kemerdekan kepada Patani
atau beri apa yang diminta.
Kita sudah tahu yang si ular takut pada buluh, maka carilah
batang-batang buluh sebanyak mungkin, supaya ia tidak lagi berani menghampiri
kita untuk terus membelit dan mematuk kita lagi selepas ini.
GPP bukan gerakan pemisah, sebab Patani tidak pernah menjadi
sebahagian dari Thailand, cuma Patani dijadikan sebahagian dari Thailan dengan
paksaan, GPP bukan gerakan terroris, kerana mereka bersedia untuk mencari
penyelasaian dan perdamaian dan masalah di Patani bukan masalah kemiskinan,
kezaliman, kejahilan, ketidak telusan pentadbiran Bangkok, pengabaian hak….
semata-semata, semua itu adalah satu gabungan dari pelbagai masalah yang sudah
berlarutan seabad lamanya hasil dari Patani di jajah.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น