วันเสาร์ที่ 23 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2556

Kesan Penjajaj Kafir Siam Terhadap Umat IslamMalayu Patani


Tidak di nafikan setiap penjajahan mempunyai matlamatnya yang tersendiri sama ada dari segi kebendaan dan dalaman, penjajahan di laksanakan di segenap segi dan sudut supaya ''jajahan'' itu tepat dan sempurna dengan maksud dan ertinya. Bukan bangsa melayu sahaja yang di jajah, tetapi setiap bangsa yang beragama Islam juga di jajah, hingga sekarang walaupun secara jasadnya tidak di jajah tetapi akalnya masih terjajah. Sudah beratus tahun umat Islam melayu Patani di jajah dan hingga sekarang masih di jajah oleh kafir siam maka sudah pasti kesan penjajahan itu masih mekar dapat di lihat hingga ke masa hadapan. Penjajahan mempunyai makna yang luas, bukan sekadar jasad sahaja, bahkan akal fikiran juga turut di jajah, ia menyerap masuk dalam pemakanan, pemakaian, bahasa, tingkah laku, cara hidup, cara fikir, hiburan dan lain-lain lagi, yang mana secara tidak lansung dapat menghilangkan keperibadian sebenar bangsa yang di jajah.

Dari segi bahasa, penjajahan bahasa adalah satu jenis senjata untuk melengkapkan penjajahan jasad, apabila di serapkan bahasa penjajah dengan corak yang indah, tanpa di sadari bahasa penjajah di gunakan dalam pergaulan seharian dan bahasa sendiri sudah di lupakan, timbullah perasaan bahawa bahasa sendiri mundur tidak maju berbanding bahasa penjajah, apabila bahasa sudah di lupakan maka akan hilanglah bangsa sepertimana kata pepatah ''bahasa jiwa bangsa'', kerana hanya bahasa yang membedakan kita dengan bangsa yang lain. Kalau kita lihat kepada umat Islam melayu Patani tentang penggunaan bahasa melayu, bahasa melayu tidak berkembang bahkan makin terhakis, pengaruh penggunaan bahasa kafir siam tersebar dengan begitu luas, sehingga bahasa melayu tidak dapat memberi nama atau istilah kepada sesuatu yang baru muncul, ada yang tidak fasih berbahasa melayu tetapi fasih berbahasa kafir siam, bahkan berbangga pula dengan bahasa kafir siam.
Apa yang terjadi ialah penggunaan bahasa kafir siam secara meluas, bahasa sendiri di pinggirkan, memahami dan fasih bahasa kafir siam, tidak memahami dan tidak fasih bahasa melayu, menulis dalam tulisan kafir siam, membaca akhbar atau majalah berbahasa kafir siam, hiburan lagu di dengar dalam bahasa kafir siam, ini menjadikan bahasa melayu di lihat ''miskin'' dengan istilah dan tidak selari dengan peredaran zaman.
Di segi makanan yang mana menimpa seluruh umat Islam di dunia yang mana menjadi ''pengguna dan pemakan'' sahaja, bukannya menjadi pengeluar, mengguna dan memakan apa sahaja tanpa mengambil kira tentang soal halal haram, sama ada bersumberkan halal atau tidak, di keluarkan oleh orang Islam atau tidak, suci atau tidak. Gejala ini menyerap dengan begitu meluas di kalangan umat islam umumnya dan umat Islam melayu Patani khususnya, perkara seperti ini dapat kita lihat makanan penjajah mendapat tempat di hati, cara penyediaan masakan di ikuti, penggunaan penambah perisa dan bahan-bahan lain khususnya makanan menjadi satu adat kebiasaan yang tidak dapat di pisahkan dari kehidupan umat Islam melayu Patani, sebagai contoh masakan rebus atau ''tom yam'' dalam bahasa kafir siam menjadi masakan yang sangat di minati ramai, sehingga bahan ramuan dalam penyediaan masakan itu di buat oleh kafir siam yang mana bersumberkan haram dan najis seperti babi dan ular sawa. Beberapa makanan lain kafir siam turut di minati dan mendapat tempat di hati masyarakat umat Islam melayu Patani.
Di segi pemakaian ialah satu sudut yang juga dapat membezakan kita dengan bangsa yang lain, kalau ''bahasa adalah jiwa bangsa'' pakaian adalah ''lahiriah'' satu-satu bangsa. Kesan penjajahan pemakaian terhadap umat Islam melayu Patani masih di lihat kurang ketara kesannya, tetapi sudah nampak secara umumnya kesan penjajahan itu, di lihat cara pemakaian yang kurang kemas, rambut tidak terurus, selekeh, kelihatan seperti dhaif dan miskin, tidak terurus, seperti bermasalah dan sebagainya.
Di segi hiburan pula ia adalah hasil dari penjajahan bahasa, apabila bahasa penjajah sudah menguasai jati diri sebenar, orang yang di jajah mulai terpengaruh dan minat terhadap hiburan penjajah , penyayi, pelakon kafir siam di kenali, di minati dan menjadi pujaan, lagu-lagu dan filem-filem kafir siam di dengari dan di tontoni, berbangga dengan mereka.
Apabila tunjang utama jati diri bangsa seperti bahasa dan pakaian sudah terhakis, secara tidak lansung dan tanpa di sedari benih-benih penjajahan masuk mendarah daging dalam jiwa, maka lahirlah cara hidup, tindakan, cara fikir berlatar belakangkan penjajah, maka jadilah bangsa melayu beracuankan kafir siam, rupanya melayu tapi jiwanya siam. Inilah sedikit sebanyak yang mampu saya tulis tentang kesan penjajahan kafir siam terhadap umat Islam melayu Patani, segala teguran dan pembetulan amatlah di alu-alukan, di samping itu marilah kita sama-sama mendoakan agar umat Islam melayu Patani mendapat kemerdekaan dalam masa terdekat dan begitu juga umat islam di seluruh dunia, agar di bebaskan Allah Taala dari segala bentuk penjajahan, yang mana kebanyakkan umat Islam kini hidup dalam kesengsaraan di tindas, di hina, di bunuh dan di zalimi, Ya Allah berilah pertolonganmu pada Islam dan umat Islam.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น