Mat Rasul Chanthawadi Pejuang Fathani Yang Syahid
Beliau syahid sewaktu mengempur tentera laut Thai di hadapan
Kem TenteraLaut Thai di daerah Bacho,Narathiwat. Beliau gugur bersama 15 orang
pejuang pada pagi Rabu 13 Februari 2013.
Seramai 50 pejuang Fathani menyerang kem itu tapi telah patah oleh pihak
tentera angkara ada pembelot dalam kumpulan itu.
Menurut seorang wartawan, Mat Rasul Chanthawadi seorang
pemuda yang cukup berani dan dapat melepaskan diri beberapa kali sewaktu
dikepong hebat oleh tentera Thai Buddha..
Oleh kehebatan itulah keluarganya terpaksa menunggu empat
jam sebelum pihak Hospital Narathiwat mengizinkan mayatnya dibawa keluar. Ini
kerana Pemerintah Tentera Ke 4 di kawasan
itu dan beberapa orang kenamaan ingin melihat bagaimana rupa pemuda yang
berusia 31 tahun itu.
Pada kaca mata pihak pemerintah Thai Mat Rasul seorang anak muda garang,mengikuti ajaran
agama yang menyeleweng daripada Islam. Sebanayk lebih daripada 10 waran tangkap
telah dikeluarkan terhadap beliau.Beliau lepas bebas selama lima tahun.
Bagi keluarga dan jiran ketangganya ,beliau seorang yang
betanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.Beliau mempunyai seorang anak
perempuan yang berumur enam tahun dan
seorang anak lelaki berumur 17 bulan.
Isterinya Puan Rusani,25,berkata,"Dia pastikan anak-anak
kami hidup selesa.Rumah ini dibina hasil jual-beli lembu.Dia telah membelikan
sebuah komputer tablet untuk anak perempuan, dan berharap bilabesar nanti
menjadi wanita yang berilmu,beriman.Dia berharapnya dapat belajar di luar
negeri."
Majlis pengkebumiannya dihadiri oleh ribuan hadirin.Tua dan
muda berbaris menyambutnya mayat yang berbungkus putih
Majlis pengkebumian itu tidak putus-putus dengan laungan
"Allahu Akhbar"
Walaupun nama Mat Rasul dan rakan-rakannya tersenarai
sebagai orang yang sangat-sangat dikendaki oleh pihak pemerintah boleh bergerak
bebas ke sana kemari kerana masyarakat tidak menolak mereka.
Pihak berkuasa mendakwa penduduk setempat takut kepada
pejuang tetapi mereka berkata pejuang adalah sebahagian daripada masyarakat!
Che Mah Che Ni 52,berkata kehidupan anak berubah begitu
drastiksekali selepas pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai tahun 2004 yang
memakan korban seramai 86 orang.
Dia adalah salah orang mangsa peristiwa itu.Ramai tunjuk
perasaan mati kerana sesak nafas.Beliau adalah seorang yang diletak bersusun di dalam truk tentera,kata Che Mah.
Dalam peristiwa berdarah Tak Bai, kakitangan kerajaan tidak
dihukum. Ini memberi kesan yang mendalam ke atas jiwa dan pemikiran aanak muda
Melayu Fathani.
Selang beberapa lama
lepas peristiwa berdarah itu,Mat Rasul dan Rusani mendirikan rumahtangga.Rusani
faham dengan siapa dia berkahwin dan
bersedia mengambil risiko.
Pasangan suami isteri ini pernah tinggal dan bekerja di
Malaysia. Tetapi bila hendak mendapat
anak sulung mereka pulang ke Bacho. Beliau aktif kembali dalam perjuangannya.
Bila ditanya tentang
aktiviti bersama pejuang,Rusani berkata," Semua orang tahu tentang
hal.imi."
Suaminya selalu juga pulang melawat dia dan anak-anak. Bulan
lepas tiga kali. Sebelum ini Mat Rasul ada menelefonnya sebelum peristiwa
menggempur kem tentera laut yang hanya beberapa kilometer sahaja dari
kampungnya.
"Dia memberita akan nanti dan jangan bimbang," kata Rusani lagi.
Mat Rasuk pulang. Dia benar pulang tetapi dengan badannya
didalam karung plastik.Dia telah disemadikan
sebagai seorang syahid mengikut tradisi Islam.
Sebelum ini beliau ada berpesan kalau dia syahid kafankan
dia mengikut syariatIslam."Inilah selalu yang dia minta dan
inginkan," kata Rusani.
Dia bangga suaminya mati sebagai seorang syahid. Dia tidak
pernah menyesal. Ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya dia tidak bimbang suaminya ditangkap." Orang
yang ditangkap akan diseksa dan didera," jelas Rusani .
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น